Thursday, July 5, 2012

Renovation Rumah Rev.1

Salaam.

Pembelian rumahku sudah hampir ke penghujungnya, setelah banyak turun naik, laju lambat dan macam-macam hal tidak terduga. 

September 2011: Jumpa ejen dan tuan rumah festaim / Bayar OTP RM 5,550
Oktober 2011: Konfem guna Pinjaman Kerajaan 
November 2011: S&P siap dan sign / Bayar baki 7% kepada tuan rumah dan RM 2,600 kepada lawyer S&P
Disember 2011: Jumpa kontraktor renovation, tapi satu habuk takda feedback
Januari 2012: Start 4 Jan 2012, bermula 3+1 tempoh untuk lulus pinjaman / Dapat dokumen untuk serah kepada lawyer loan (Hj. Zainuddin) daripada lawyer S&P 17 Jan 2012
Februari 2012: Hantar permohonan penilaian rumah kepada INSPEN S.Alam
Mac 2012: Bulan memenatkan, turun naik BPH untuk hantar dokumen pinjaman 
April 2012: Bayar stamp duty RM 1,350 (waived 50% for 1st house) / Cek pertama untuk langsai hutang penjual keluar dari BPH / Lawyer S&P (Ms.Khoo) 'hempas-pulas' siapkan dokumen dan tunggu geran rumah dari citibank
Mei 2012: Semua dokumen kecuali deed assignment original diserah kepada lawyer loan (deed assignment belum stamp duty sbb lawyer S&P terlalu hebat dan cepat)
Jun 2012: Follow up hampir setiap hari dan siap buat aduan panggilan tidak berjawab kepada BPH, akhirnya cek ke-2 dikeluarkan dan dikemuka kepada lawyer loan
Julai 2012: Cek baki bayaran diberi kepada penjual melalui lawyer S&P oleh lawyer loan pada Isnin, 2 Julai 2012

Sehingga kini masih menunggu apa tindakan selanjutnya daripada lawyer S&P yang amat pantas tersebut. Dengar khabar dari penjual, beliau kini sibuk mengira baki bayaran bil-bil Syabas, TNB, IWK, cukai tanah dll. Paling awal pun dijangka Jumaat 6 Julai 2012 penjual akan serah kunci, itupun kalau late payment tidak diambil kira. Kalau ambil kira??! RM 36.70/day and I late 2 month. Kira-kira RM 2,220 la kena denda. Macam LAD pulak... 

Kepada pembeli-pembeli rumah baru akan datang, sentiasalah berhati-hati dalam memilih lawyer k. Jangan jadi macam saya, ada lawyer tapi lebih berpihak kepada penjual. Padahal fee lawyer aku yang bayor (tekeluar loghat peghok En.Kerol). Untuk makluman semua, lawyer S&P tu adalah lawyer asal penjual masa beli rumah tu dari pemaju. Xbley blah la lu..!!

Okey, sampai sini saja. Nanti aku update pasal renovation rumah. Aku ni walaupun garang ngan lawyer (mmg patut pun) tapi berpandangan jauh..heheheh. Ni gambar luar dan dalam rumah yang terbaru. Enjoyz!


Dapur rumah yang sudah di"renovate" oleh tuan rumah asal (yang melekat di dinding tuh)

Ni depan rumah, memang sesuai untuk parkir viva &  saga. Kelihatan model yang duduk atas peti surat tu adalah En. Khaidir merangkap ejen kontraktor renovation (tapi xjadi, cerita penuh next post keh!)


Jejak Seorang Ayah

"Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun-alun

Di suatu hari
Ayah berkata
Jaga adikmu
Ayah kan pergi jauh

Ku pandang wajah ayah
Dahinya kucium
Airmata mengalir
Hatiku pilu

Wahai abangku sayang
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah..."


Lagu ni pertama kali ku dengar didendangkan oleh Ustaz Kazim dalam ceramahnya. Mengingatkan betapa kasih seorang ayah yang tidak ternilai.

Semoga ayahku dan ayah-ayah lain di dunia ini berbahagia kerana ada yang menyayangi anda.

Salam sayang buat isteriku dan si kecil yang sihat dalam kandungan seusia 24 minggu. 

Baby pertama kali scan di Klinik Maria Putrajaya pada usia kandungan 6 minggu 
(2 Mac 2012)


Baby detail scan di Klinik Jameaton Seri Kembangan pada usia kandungan 23 minggu 
(1 Julai 2012)
Berat: 647 g


Friday, December 16, 2011

Renovation rumah baru

As salam...

Penulis baru balik dari Taman LEP 7, ada sedikit perbincangan utk renovate pagar dan lantai rumah baru. So far suda pilih apa nak buat & jenis pagar. Sekarang tunggu quotation dari dorang jak.. So far apa yang mau di-renovate sikit ja:

  1. pecah konkrit, alihkan pintu pagar lama (kontraktor tu cakap ambik masa setengah jam jak..mcm superman plak hebatnya);
  2. pasang pintu pagar baru, ada 2 pilihan sudah dipilih. Pastu dinding pagar tukar konkrit include tiang untuk lampu serta paip wiring; dan
  3. pasang tiles di kawasan 3 kaki dari pintu rumah, then simen rata keseluruhan tanah depan rumah untuk parkir viva&saga (kedudukan parkir akan diumumkan kelak selepas oo-som ngan isteri penulis)
Keseluruhan kerja dijangkan akan ambik masa max dua (2) minggu. Sebutharga nanti dia bagi, dan valid untuk 90 hari. So ada masa untuk carik quotation lain. Khaidir pun suda tunjukkan minat mo carikan kontraktor (kawan dia). So more quotation the better. 

Menantikan detik-detik perubahan.

Rumah di LEP 7 tiga bulan lalu



Wednesday, December 14, 2011

Salam dari Sg Merab

Apa kabar semua...?? Wow macam inda picaya, lahir juga blog ini selepas abangnya (mirzblog) berkubur bersama friendster.. Sejarah mirzblog bermula tahun 2005 time blajar di ABM. Kalo nda silap baru 4 post, kebusanan suda aku. Komen pun baru sorang hahaha..akhirnya aku abaikan jak la. 


Harap-harap ada la orang masuk tinguk blog ni. Sekurang-kurangnya 2 orang, itu KPI yang suda aku tetapkan. Kalo sorang jak mcm blog sebelum ni, bagus aku main FM..


Jumpa lagi di post akan datang!! (macamla ada orang baca ni post, awal2 lagi perasan)


Penulis bersama bekas aweknya (kini sah menjadi isteri hehehe)